PENYATAAN MASALAH

                                          
Pelajar didapati masih menghadapi masalah dalam memahami tajuk Jatuh Bebas kerana kelemahan pelajar dalam menganalisis graf gerakan objek dan mengaitkannya dengan situasi sebenar. 


🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭


Oleh yang demikian, MPdP dibangunkan dilengkapi dengan perisian Tracker bagi membolehkan pelajar menganalisis pergerakan objek jatuh bebas dan gerakan luncuran. Pembelajaran tertumpu kepada aktiviti “minds-on” iaitu tumpuan diberi terhadap proses menganalisis, mensintesis dan mentafsir data. Pembelajaran secara “minds-on” perlu diaplikasikan kerana ia melibatkan aktiviti kognitif yang akan membentuk semula konsep asal menghasilkan konsep baru (Redish, 1994). Pembelajaran juga lebih berbentuk pembelajaran kendiri dan pelajar boleh merujuk MPdP ini pada bila-bila masa. MPdP ini juga dilengkapi dengan aktiviti pembelajaran bagi mengukuhkan pemahaman yang berkaitan dengan tajuk Jatuh Bebas dan Gerakan Luncuran. 








Objektif  kajian ini ialah:



🍭 Mengkaji keberkesanan MPdP berbantukan perisian Tracker terhadap pencapaian pelajar.


Kumpulan sasaran


 🍭 Pelajar Program dua tahun Kolej Matrikulasi Selangor

No comments:

Post a Comment