IMPAK



Bagi menentukan keberkesanan MPdP, data dianalisis menggunakan ujian-t. Ujian-t tidak bersandar bertujuan membandingkan min skor pencapaian ujian pasca antara kumpulan kawalan dengan kumpulan rawatan. Manakala, ujian-t bersandar bertujuan membandingkan min skor pencapaian antara ujian pra dengan ujian pasca bagi kumpulan rawatan.

Hipotesis Nul Pertama (H01)


Merujuk jadual 1 keputusan ujian-t sampel tak bersandar bagi ujian pasca menunjukkan min skor pencapaian ujian pasca kumpulan rawatan ialah 10.03 manakala min skor pencapaian ujian pasca kumpulan kawalan ialah 7.70. Terdapat perbezaan min sebanyak 2.33 unit. Ini menunjukkan min skor kumpulan rawatan mengatasi min skor kumpulan kawalan.

 Hasil analisis menunjukkan (t(30)= -3.299, p=0.002). Nilai p<0.05 jelas membuktikan hipotesis nul, H02 di tolak. Ini bermaksud terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian ujian pasca bagi dua kumpulan pembelajaran berbeza iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan.


Keputusan Ujian – t Sampel Tak Bersandar
Pembolehubahan
Bil. Pelajar
Min
SD
Nilai t
Sig-t
Kump. kawalan





Ujian Pasca
30
7.70
2.246
-3.299
0.002






Kump. rawatan





Ujian Pasca
30
10.03
3.157
-3.299
0.002







Hipotesis Nul Kedua (H02)


Min skor pencapaian antara ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan rawatan menunjukkan perbezaan yang ketara. Merujuk kepada jadual 5.3, min skor pencapaian ujian pra ialah 7.57 manakala min skor pencapaian ujian pasca ialah 10.03. Terdapat perbezaan min sebanyak 2.46 unit.

Hasil analisis, (t(30)=-3.561, p=0.001. Nilai p<0.05 menunjukkan perbezaan min skor pencapaian adalah signifikan. Keputusan ini menolak hipotesis nul H02. Oleh yang demikian, terdapat perbezaan yang signifikan antara min skor ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan rawatan. Keputusan ini menunjukkan bahawa pembelajaran menggunakan MPdP berkesan dalam meningkatkan skor kumpulan rawatan.
Keputusan Ujian – t Sampel Bersandar
Kumpulan
Rawatan

Min
SD
Nilai t
Sig-t

Ujian Pra


7.57

2.812

-.3.561

0.001

Ujian Pasca


10.03

3.157




 MPdP didapati berkesan dalam meningkatkan skor pelajar kumpulan rawatan namun pencapaian pelajar masih di paras sederhana. Penggunaan MPdP masih belum berkesan untuk membolehkan pelajar mencapai tahap masteri.  



🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭🍭


No comments:

Post a Comment