PELAKSANAAN

                                                     
CHAPTER 2 (KINEMATICS AND DYNAMICS)


  Kajian lapangan ini terbahagi kepada tiga fasa iaitu ujian pra (F1), proses rawatan (F2) dan ujian pasca (F3). Sebelum kajian dimulakan, guru dan pelajar diberi penerangan tentang kajian yang dijalankan. Pelajar terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan.

Fasa yang terakhir ialah ujian pasca (F3). Setelah proses PdP, kedua-dua kumpulan menjawab  ujian pasca pencapaian tajuk Jatuh Bebas dan Gerakan Luncuran. Masa untuk menjawab ujian ini selama 30 minit. Set ujian pra dan ujian pasca mempunyai bentuk soalan yang sama tetapi diolah pada urutan yang berbeza. Jadual 3.2 menunjukkan prosedur kajian lapangan.

Sebelum bermula proses PdP, pelajar melalui fasa ujian pra (F1) . Semasa ujian pra (F1), pelajar daripada kedua-dua kumpulan diberikan soalan ujian pencapaian tajuk Jatuh Bebas dan Gerakan Luncuran. Masa menjawab soalan ini ialah 30 minit. Ujian pra diberi kepada kedua-dua kumpulan untuk mengetahui tahap pengetahuan pelajar terhadap tajuk Jatuh Bebas dan Gerakan Luncuran.

 Fasa yang kedua ialah proses rawatan (F2). Pelajar daripada kumpulan kawalan menjalani proses PdP  menggunakan kaedah tradisional. Melalui kaedah tradisional, pelajar kumpulan kawalan diajar tajuk Jatuh Bebas dan Gerakan Luncuran. Pelajar boleh merujuk buku atau berbincang dengan guru dari semasa ke semasa. Masa pembelajaran selama seminggu.

      Berbeza dengan pelajar daripada kumpulan rawatan, mereka menjalani proses PdP dengan menggunakan MPdP. Pelajar kumpulan rawatan dibekalkan MPdP dalam bentuk digital disc video  (DVD). Setiap pelajar daripada kumpulan rawatan menggunakan MPdP di dalam kelas. Jika pelajar mempunyai masalah semasa menggunakan MPdP, pelajar boleh meminta bimbingan fasilitator. Pelajar diberi masa seminggu untuk menghabiskan pembelajaran tajuk Jatuh Bebas dan dan Gerakan Luncuran menggunakan MPdP. Selepas tempoh seminggu, pelajar perlu menjalani fasa terakhir iaitu ujian pasca. 


Jadual Prosedur Kajian Lapangan
Kumpulan

Proses kajian


Ujian pra
Proses PdP
Ujian pasca
Kumpulan Kawalan
Ujian pencapaian
tajuk Jatuh Bebas dan Gerakan Luncuran.
Kelas tradisional
(Guru mengajar dan buku rujukan)
Ujian pencapaian
tajuk Jatuh Bebas dan Gerakan Luncuran.

Kumpulan Rawatan
Ujian pencapaian
tajuk Jatuh Bebas dan Gerakan Luncuran.
Modul Pengajaran dan Pembelajaran
(Guru sebagai fasilitator dan MPdP)

Ujian pencapaian
tajuk Jatuh Bebas dan Gerakan Luncuran.


Ujian pra dan pasca  merupakan ujian pencapaian yang terdiri daripada 20 item soalan objektif daripada tajuk Jatuh Bebas dan Gerakan Luncuran (Rujuk lampiran ). Ujian pencapaian diberi kepada pelajar sebelum dan selepas proses pembelajaran. Masa menjawab soalan kedua-dua ujian ialah 30 minit. Isi kandungan ujian pencapaian adalah sama tetapi disusun dalam urutan yang berbeza. 



Pekali Kebolehpercayaan bagi Ujian Pencapaian

Instrumen
Bil.item 
   Alpha Cronbach


Ujian Pencapaian
Tajuk Jatuh Bebas dan Gerakan Luncuran


   20

0.749

No comments:

Post a Comment